src='http://sites.google.com/site/defaultjssite/urltooltip.js' type='text/javascript'/>

L.O.V.E

CLICK2

Thursday, February 17, 2011

-siku dan lutut yang cantik-^_*

Kulit lutut dan siku adalah bahagian kulit yang cukup tebal dan kasar, kerana menjadi lokasi pengumpulan kulit mati. Oleh kerana area ini terletak di bahagian sudut, anda jadi cenderung membiarkannya saat mandi atau menyapu lotion badan. Padahal apabila tidak terawat, bahagian ini akan terlihat kusam, dan kehitaman. Hal ini lalu membuat kulit anda kelihatan tua.
Siku dan lutut yang kasar dan hitam pasti mengganggu penampilan anda. Warnanya yang gelap dan kusam sungguh tak sedap dipandang mata. Ada beberapa cara mudah untuk mengatasi masalah ini. Salah satunya adalah dengan menggunakan buah lemon.

Ambil sebiji buah lemon dan belah kepada 2 bahagian. Ramas sebelah lemon pada sebelah siku/lutut anda biarkan basah selama 10 minit. Lakukan perkara yang sama pada bahagian siku/lutut lagi satu. Setelah itu, cuci bersih siku/lutut dan sapu losyen untuk kulit. Ulangi langkah ini sehingga warna hitam hilang.

No comments:

Post a Comment